Friday, September 26, 2014

7 Makanan Banyakkan Susu Ibu

Holla...

Anda susukan anak dengan susu ibu?
Susu anda semakin merudum?

Tak tahu macamana nak banyakkan pengeluaran susu ibu?
Nak kena makan makanan banyakkan susu ibu ke?

Harus diingatkan, makanan banyakkan susu ibu tersebut haruslah tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi ye.

Jom baca entri ni....kita lihat apakah makanan banyakkan susu ibu!

Since susu ibu sangat bagus untuk bayi, amatlah disarankan untuk ibu-ibu semua memberikan susu ibu sahaja kepada bayi sejak dari lahir sehingga sekurang-kurangnya berusia 6 bulan. Then, boleh diteruskan sehingga berusia 2 tahun.

Lepas dah umur 6 bulan tu, ibu boleh la start bagi makanan lain juga yang bersesuaian kepada bayi selain susu ibu.

makanan banyakkan susu ibu


Jom cek 7 makanan banyakkan susu ibu yang mudah didapati.

Senarai makanan banyakkan susu ibu ini adalah berdasarkan pengalaman ibu-ibu menyusu dan juga pengalaman saya sendiri.

Hope it might work for you too!

Apa pun yang penting, kena minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari tau!.


Nasi


makanan banyakkan susu


Nasi putih yang kita makan hari -hari tu merupakan makanan banyakkan susu ibu yang utama bagi saya dan ramai ibu lain juga. Memang sangat berkesan dan sekiranya tak makan nasi dalam satu hari tu, memang nampak ketara pengeluaran susu ibu merudum. 

Biasanya, saya ambil nasi putih sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Most of the days, 3 kali sehari la. Memang susu saya sangat banyak dan lepas Nuraini wean off pun ( dah nak umur 3 tahun), susu still ada. Terpaksa la wean off, ibu nak melanjutkan pelajaran kan.


Bendi

makanan banyakkan susu ibu


Kebetulan pulak, bendi adalah salah satu sayur kegemaran saya dan juga merupakan salah satu makanan banyakkan susu. 

Since mudah nak dapat je bendi ni, ibu - ibu menyusu wajib cuba tau. Boleh ambil bendi sebagai ulam-ulaman jugak jika tak minat nak makan bendi goreng. Sesetengah ibu pulak, masukkan bendi dalam masakan kari. Best jugak tu.  


Kurma

makanan banyakkan susu ibu


Ramai yang cadangkan pengambilan kurma sebagai makanan banyakkan susu ibu semasa saya menyusukan Nuraini dulu.

Menurut ibu- ibu menyusu tersebut, kurma bukan sahaja boleh banyakkan susu ibu malah buat mereka bertenaga dan cepat kenyang. Betul jugak kerana kata mereka, kan kurma memang kaya dengan vitamin dan zat mineral.

saya tak minat sangat kurma, so memang tak makan sangat untuk banyakkan susu ibu. Tapi, ramai kawan-kawan review bagitahu kurma memang boleh bantu banyakkan susu ibu, so saya senaraikan di sini. Tak salah kita mencuba kan. Kurma pun tak mahal sangat dan senang nak dapat.


Longan kering

makanan banyakkan susu ibu


Bagi sesetengah ibu, longan kering memang terbukti dapat memperbanyakkan susu ibu. It works for me too. 

Masa menyusukan Nuraini dulu, longan kering merupakan salah satu makanan yang banyakkan susu saya. Apa boleh buat dengan longan kering ni?

Sesetengah ibu, mereka minum air rebusan longan kering untuk banyakkan susu ibu. Rebus segenggam longan kering dengan 3 cawan air dan minum airnya.

Cara saya pulak, saya ratah je longan kering tu, mudah dan sedap juga.


Jagung (sweet corn or jagung rebus pun boleh)

makanan banyakkan susu ibu


Jagung juga salah satu makanan yang banyakkan susu ibu jugak. Jagung ni antara makanan banyakkan susu ibu yang mudah didapati memandangkan terdapatnya jagung dalam cawan yang telah dikomersialkan. 

Pasal jagung ni, memang saya sendiri pun boleh bagi testimoni. Saya tak makan jagung hari-hari tetapi dalam seminggu tu ada 2-3 kali saya ambil jagung dalam cawan sebagai makanan untuk banyakkan susu ibu. 

Sekiranya rajin, boleh buat pengat jagung juga. satu keluarga boleh makan.

Maklumlah, seperti yang saya maklumkan tadi, makanan banyakkan susu ibu paling berkesan untuk saya adalah nasi.


Sengkuang cina

makanan banyakkan susu ibu


Mengikut pengalaman ibu-ibu menyusu selain saya la, makan sengkuang cina pun antara makanan banyakkan susu ibu. Saya tak pernah cuba untuk banyakkan susu ibu dengan sengkuang cina, tetapi menurut geng menyusu saya, it works.

Ada yang makan mentah, buat rojak, campur dalam sup dan jugak sebagai salah satu bahan dalam kuih popia. 


Halba

makanan banyakkan susu ibu


Halba biasanya kita tambah dalam masakan seperti nasi dagang dan sesetengah ibu risau anak angin jika makan makanan elemen pulut ni.

Tapi jangan risau, sekarang ni dah banyak snack yang dijual yang  tambah halba sebagai salah satu kandungan. Snack yang ada tulis fenugreek pada kandungan tu ye la tu.

Ada jugak ibu yang gigih minum air rebusan halba ni. Rebus je halba dan minum air rebusan tersebut.



mmm mudah je kan nak dapatkan makanan banyakkan susu ibu seperti yang telah disenaraikan di atas.

Semoga memberi manfaat kepada semua ibu dan bakal ibu menyusu.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Sekiranya anda memerlukan suplemen untuk banyakkan susu ibu, oleh hubungi saya :

pengedar shaklee


Pengedar Shaklee Kemaman
Pengedar Shaklee Kuantan

Suhailey


5 comments:

  1. nice sharing.
    saya pun sedang menyusukan anak.sekarang dah 10 bulan.harap2 boleh sampai at least 2 tahun. ameeen :)

    jemput lawat blog saya juga.

    menowizme.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah ade rezeki tuh..saya susukan Nuraini sampai 3 tahun lebih jugak, terpaksa wean off sebab nk g study..

      harap entri ni dapat membantu pn ain ye..

      jap nk g folo blog puan..

      Delete
    2. xde butang follower nak folo...

      Delete
  2. nice sharing.
    saya pun sedang menyusukan anak.sekarang dah 10 bulan.harap2 boleh sampai at least 2 tahun. ameeen :)

    jemput lawat blog saya juga.

    menowizme.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Semua itu sedapppp.... Saya suka.

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...