Wednesday, September 24, 2014

7 MAKANAN KURANGKAN SEMBELIT

Sembelit???
oh Sembelit???
Makan makanan ni sembelit, makan makanan tu sembelit jugak! Apa ye makanan kurangkan sembelit?

ouch...sakitnya, lamanya nak duk dalam toilet ni!
letih lor...
Kena makan makanan kurangkan sembelit ni..parah kalau gini hari-hari :( :( :(

Sembelit merupakan suatu gejala dan bukan penyakit tetapi boleh membawa kepada penyakit seperti buasir.

Sembelit dikaitkan dengan masalah pencernaan dan biasanya orang yang mengalami sembelit hanya membuang air besar 3 kali dalam seminggu atau pun kurang.

Walau bagaimanapun, sembelit boleh diatasi dengan amalan pemakanan yang tinggi serat dan banyakkan minum air. Makanan kurangkan sembelit juga membantu mengelakkan sembelit daripada berlaku.

makanan kurangkan sembelit


7 MAKANAN KURANGKAN SEMBELIT adalah seperti senarai di bawah. Diharap dapat membantu mengurangkan sembelit anda!


Kacang

makanan kurangkan sembelit


Bagi peminat baked bean, perasan tak, apabila anda ambil baked bean untuk sarapan pagi, anda mudah membuang air besar?

Baked bean sebenarnya  salah satu jenis kekacang yang merupakan makanan kurangkan sembelit.

Kacang lain yang termasuk dalam senarai makanan kurangkan sembelit termasuklah kacang merah, black eye peas dan kacang pis.

Buah Prun



Buah Prun dan jus prun merupakan salah satu makanan kurangkan sembelit sejak zaman dahulu lagi. Prun diamalkan oleh orang dulu-dulu untuk melegakan sembelit.

Prun sangat senang untuk didapati pada zaman sekarang ni, so takde masalah la nak amalkan makan prun setiap hari.

Kiwi

makanan kurangkan sembelit


Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2013 yang dilaporkan oleh Advanced Food and Nutrition Research, orang dewasa yang mengambil kiwi dalam diet harian, dapat mengurangkan sembelit.

Kiwi kaya dengan vitamin dan setiap biji kiwi mengandungi lebih kurang 2.5 gram serat.

Kajian yang dijalankan di Taipei mendapati, 2 biji kiwi setiap hari meningkatkan kadar pembuangan air besar oleh orang dewasa yang mengalami sembelit.

Roti Gandum dan Bijiran

Roti gandum dan bijirin, sangat kaya dengan serat dan ia bukan sahaja bagus untuk sembelit tetapi juga untuk jantung yang sihat.

Penyelidik dari University of Finland, Helsinki mendapati roti gandum dapat melegakan sembelit. Subjek dalam kajian ini dibekalkan dengan 30 grams fiber daripada sumber roti gandum dan terbukti pembuangan air besar lebih lancar.

Buah Pir

makanan kurangkan sembelit


Buah Pir secara amnya membekalkan 5 - 6 grams serat yang cukup untuk mengawal atur sistem pencernaan kita.

Apabila sistem pencernaan dikawal atur dengan baik, proses pembuangan air besar berjalan dengan lebih lancar.

Kurma

sembelit


Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi,kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit berlaku, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.


Kismis

sembelit


Kismis merupakan makanan kurangkan sembelit dan sememangnya berguna untuk merawat sembelit kerana ia merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti penuaan).


Kismis membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, pottasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Wah...banyak sebenarnya makanan kurangkan sembelit ni, dan yang penting, makanan kurangkan sembelit ni mudah untuk didapati. 

Tiada alasan lagi untuk tidak mengamalkan pengambilan makanan kurangkan sembelit.

Malas jugak nak ambil makanan kurangkan sembelit??? ok ok saya cadangkan anda ambil ostematrix shaklee. Insha Allah akan mendapat kesan yang diinginkan. 

Banyak kebaikan lain yang Ostematrix Shaklee boleh bagi selain untuk kurangkan sembelit.
Bacaan lanjut tentang Ostematrix Shaklee? Klik OSTEMATRIX

Jumpa dilain entri dan terima kasih kerana membaca,

Semoga mendapat manfaat kepada semua

suey
xoxo

.
















No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...