Saturday, November 1, 2014

SOLAT - SOLAT SUNAT YANG BEST SEHINGGAKAN ANDA TERUJA NAK AMALKAN SELALU

Assalamualaikum blogger sekalian,

Malam ni cerita pasal solat sunat pulak. Solat sunat ni memang banyak jenis, tapi malam ni nak fokus kepada 4 solat sunat yang biasa orang amalkan disebabkan oleh kelebihannya yang begitu menarik sekali.

Kelebihan solat-solat sunat  yang best ini membuatkan anda teruja nak amalkan selalu. Solat - solat sunat yang saya maksudkan adalah :

Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tahajud


Buat pengetahuan semua, solat sunat dhuha, hajat, tahajud dan taubat ini hanya 2 rakaat sahaja. Pendek bukan? 
Tak ambil masa yang lama pun sebenarnya untuk amalkan solat - solat sunat tersebut. 

Lagipun, ke empat-empat solat sunat ini, bukanlah perlukan dilakukan serentak. Contohnya, solat sunat dhuha tu, hanya boleh dilakukan pada waktu dhuha sahaja. Waktu lain tak perlu pun solat sunat dhuha dilakukan.

Jom semak 7 kelebihan solat - solat sunat ini secara ringkas :

Kelebihan Solat Sunat Dhuha
  1. Allah swt memberi jaminan akan menjaga segala keperluan keduniaan manusia setiap hari
  2. Menarik rezeki dan menolak kepapaan
  3. Tanda ucapan terima kasih kepada Allah swt 
  4. Dimurahkan rezeki
  5. Dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah swt
  6. Diampunkan dosa oleh Allah swt
  7. Tanda sedekah untuk setiap ruas tulang badan kita

Kelebihan Solat Sunat Hajat
  1. Mendekatkan diri kepada Allah swt
  2. Disayangi Allah swt
  3. Menjadi lebih tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah swt
  4. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah swt
  5. Permohonan dimakbulkan Allah swt
  6. Mendapat pahala
  7. Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah swt yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui

Kelebihan Solat Sunat Taubat
  1. Mencegah dosa dan menghindari gangguan
  2. Diampunkan Allah swt
  3. Hati merasa lebih tenang
  4. Dipermudahkan segala urusan
  5. Mendekatkan diri kepada Allah swt
  6. Disayangi Allah swt
  7. Mendapat keredhaan Allah swt

Kelebihan Solat Sunat Tahajud
  1. Diberi keistimewaan oleh Allah swt
  2. Mendapat ketenangan jiwa
  3. Allah swt memudahkan ilmu yang dipelajari dan menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  4. Mencegah dosa dan menghindari penyakit
  5. Menewaskan godaan dan gangguan syaitan
  6. Mendapat kemuliaan Allah swt di dunia dan akhirat serta menjadi kesayangan Allah swt
  7. Diberi kemudahan dan rezeki yang berpanjangan oleh Allah swt.

Menarik betul kelebihan mengamalkan solat - solat sunat tersebut kan? 
Sebenarnya, memang sempat sangat kita nak amalkan setiap hari. Jika tak mampu nak amalkan keempat-empat solat sunat ini, boleh juga amalkan salah satu dahulu. 

InshaAllah, semakin kita konsisten, semakin dipermudahkan untuk amalkan solat sunat yang seterusnya.


Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk lebih mendekati Dia.


SuhaileyMohdNoor
AkuJugaMendambakanSyurgaSepertiKalian 

credit : nesloais.com, shafiqolbu@wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...