Tuesday, July 21, 2015

5 Tips Jimat Persiapan Hari Raya Aidiladha

Raya aidilfitri belum lagi selesai. aha saje je nak tulis pasal raya aidiladha pulak.
Raya aidilfitri sehari je sebenarnya, tapi hari raya aidiladha sambutannya 4 hari tau.

Since persiapan hari raya aidilfitri tak betul-betul bersiap sangat, baju pun recycle je mana yang ada, so kita bersiap untuk perayaan yang lebih besar iaitu hari raya aidiladha.



Ibadah korban dan akikah memang sinonim ketika hari raya aidiladha. 
InshaAllah plan nak akikah kan anakanda Qamarulhuda di hari raya aidiladha nanti, doa kan ada rezeki ye kawan-kawan. :)

Buat pengetahuan semua, hari raya aidiladha tahun ini dijangka pada 24 September 2015. Almost 2 bulan lagi. Dah tak lama dah tu.

5 Tips Jimat Persiapan Hari Raya Aidiladha

1. Jika berhajat untuk mengadakan akikah atau korban pada aidiladha nanti, tempah siap-siap dari sekarang tau. Takut tak sempat. Boleh kumpul duit dulu.

2. Beli baju raya setiap bulan dari sekarang. Tak la terasa sangat. Especially kalau anak ramai.

3. Recycle je baju raya aidilfitri. Pun boleh jugak. Jimat belanja.

4. Open house? Masak masakan berasaskan daging. Nasi daging, nasi minyak gulai daging, mee sup daging atau apa-apa je masakan yang melibatkan daging. Daging korban kan ada. Jimat.

5. Rancang perjalanan raya anda. Based on pengalaman raya aidilfitri, dah boleh bajet kan, nak pergi mana dulu. Zaman minyak mahal ni, semua kena kira tau.

Eh, sebelum tu, jangan lupa solat sunat aidiladha.

cara mengerjakan solat sunat aidiladha solat sunat aidiladha

semoga kita semua dipanjangkan usia dan sama-sama menyambut kedatangan aidiladha.

selamat beramal,
suhaileymohdnoor

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...