Sunday, July 12, 2015

CARA MUDAH BAYAR/SELESAIKAN HUTANG TEKNIK SNOWBALL | BEBAS HUTANG HATI TENANG

Entri khas untuk mereka nak selesaikan hutang. Yang bersungguh dan komited untuk selesaikan hutang. Yang nak belajar je pun boleh baca. Untuk panduan masa depan. 

Bukan senang nak dapat petua/tips cara mudah bayar hutang kan? Eh, ni bukan cara pinjam along pastu bayar hutang tau. Cari nahas kalau cara gitu...

Hutang ni memang memeningkan.
Masa buat hutang memang tak terasa. Bila nak membayar..huh menyesal buat hutang.

Teknik Snowball

Sebenarnya, hutang ni ada jugak hutang baik. Contoh, hutang beli rumah. Itu kita consider as hutang baik memandangkan rumah itu aset dan boleh mendatangkan pendapatan kepada kita. 

Hutang jahat pulak contohnya hutang kad kredit. Tinggi sangat interest. Lepas tu, kad kredit pulak guna untuk shoping barang yang bukan keperluan. Memang hutang jahat.

cara mudah bayar hutang

Nak menyesal pun dah tak berguna, kita cari jalan penyelesaian untuk bayar hutang sudah lah. Kesilapan lama usah dikenang dan diulang lagi. 

Beberapa hari lepas, seorang rakan di alam maya ada kongsikan cara mudah bayar/selesaikan hutang dengan Teknik Snowball. Bayar hutang pun perlu ada teknik tau, baru la hutang cepat selesai.

Sebenarnya, saya pernah bayar hutang menggunakan teknik yang sama. Memang bagus teknik ni. Cepat selesai hutang saya. Tapi, saya tak tahu la pulak teknik ni orang panggil teknik snowball. hihi dah selesai hutang, baru ku tahu, Teknik Snowball rupanya nama teknik tu.

Coretan berkenaan cara saya bayar hutang tu, saya kongsikan dalam entri ni. TIPS BEBAS HUTANG KAD KREDIT

Ok, Berbalik kepada Teknik Snowball rakan saya tu. Begini cerita beliau ;

Teknik SnowBall Effect ini saya pelajari pada tahun 2006, ketika saya telah pun memutuskan untuk mendirikan rumahtangga.
Saya terpaksa akui, yang saya banyak tersilap langkah di dalam pengurusan kewangan suatu waktu dahulu. Mana tak nya, umur baru 24 tahun, dah ada 2 biji kereta dan 1 hutang personal loan dengan gaji RM1,024. Bukan gaji RM10,024 ye. RM1,024.
Ini antara sebab kenapa ramai anak-anak muda terperangkap di dalam hutang 'bodoh' yang tak di perlukan seperti saya dahulu.
Ketika itu, kehidupan sangat perit. Setiap hujung bulan, baki yang boleh di belanjakan di tangan saya cuma RM200 untuk survive selama satu bulan. Dengan duit minyak lagi, duit makan lagi. Nasib baik lah, ketika itu tinggal di rumah mama lagi. Kalau tak, jangan cakap tak cukup, negatif terus.
Atas kesedaran keperitan yang melampau, dan di tambah dengan hendak kahwin dan perlu saving duit, saya nekad untuk melupuskan hutang personal loan dan hutang kereta hilang dalam masa setahun.
Permulaan, apa yang saya lakukan adalah :
1) Senaraikan kesemua hutang-hutang yang saya ada. Kesemuanya. Saya senaraikan dari jumlah yang berbaki kecil sekali sehingga yang berbaki tinggi di senarai paling bawah.
2) Saya senaraikan juga interest rate setiap loan tersebut.
Bagaimana hendak tahu?
Anda boleh call setiap bank yang anda berhutang dan mohon mereka semak berapa baki anda as to date (sehingga ke hari ini) dan interest rate nya sekali.
Percaya tak, anda akan terkejut apabila anda senaraikan semua hutang anda. Terkejut samada banyak atau terkejut samada hutang anda sudah semakin susut. Ketika itu, saya sedar, hutang saya ada 3. Cuma saya tak sedar berapa jumlah baki keseluruhannya. Selepas di catatkan, baru saya nampak satu persatu.

teknik snowball

3) Selain itu, saya catitkan juga tarikh akhir pembayaran harus di buat untuk mengelakkan di kenakan interest atas kelewatan membayar. Sedar tak, apabila kita membayar lewat, sebenarnya kita sudah membayar lebih dari sepatutnya. Hutang tak juga susut. Dok bayar principal tak habis-habis.
4) Setelah saya kenalpasti, hutang mana yang paling sedikit, saya akan fokuskan untuk membayar seberapa banyak amount dari amount bulanan dengan tujuan untuk menghabiskan segera hutang tersebut. Ketika itu, hutang kereta hilang adalah yang paling sedikit.
5) Setelah beberapa bulan saya konsisten membayar dan hutang tersebut habis, saya akan pergi ke hutang yang kedua iaitu hutang personal loan. Hutang personal loan ketika itu saya harus bayar RM187. Manakala hutang kereta hilang tadi RM150.
6) Apabila hutang kereta hilang RM150 tadi telah habis, saya tetap allocate RM150 tersebut untuk di tambahkan kepada hutang personal loan RM187 dan setiap bulan saya akan membayar RM337 untuk personal loan.
7) Alhamdullilah, dengan cara ini, dalam masa beberapa bulan iaitu kurang dari setahun, saya dapat langsaikan kedua-dua hutang di atas tadi.
cara mudah bayar hutang
Yang paling penting, untuk menguruskan kewangan dan hutang,
Jangan sekali-kali larikan diri dari bank. Percayalah, bank adalah suatu institusi yang boleh di ajak berbincang.

Terima kasih Pn. Reni sudi berkongsi pengalaman beliau dan teknik bayar hutang yang bagi saya sangat membantu untuk kita membayar hutang.

Tak kiralah berapa banyak hutang yang kita ada, jika kita komited untuk membayar seperti perkongsian Pn. Reni, saya pasti, lambat laun, hutang tersebut akan selesai jua.

Sesungguhnya, hutang itu wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

Sekian, terima kasih kerana sudi melapangkan masa membaca entri ini. Semoga bermanfaat.

Suhailey Mohd Noor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah.

27 comments:

  1. Saya pun penah guna kaedah ini. Saya guna kenaikan gaji sebagai sumber tambahan kepada ansuran sedia ada untuk selesaikan hutang pertama. Cabarannya ialah godaan untuk menggunakan sumber itu ke arah perbelanjaan. Orang lain naik gaji tukar perabot. Dapat bonus pergi bercuti. Kita pula asyik membayar hutang. Nikmatnya apabila kesemua hutang selesai. Selama ini duit gaji boleh guna satu pertiga sahaja, bila selesai tiba tiba keseluruhan duit gaji boleh digunakan sepenuhnya. Seolah oleh gaji tiba tiba naik tiga kali ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wrb, saya mohon maaf kalau postingan saya menyinggung perasaan anda semua tapi saya lillahi ta’ala hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya saya berharap ada yang sama seperti saya.perkenalkan terlebih dahulu saya aini andari tinggal di Padang,dulu saya penjual kue keliling himpitan ekonomi yang membuat saya seperti ini,saya tidak menyerah dengan keadaan saya tetap usaha,pada suatu malam saya buka internet tidak sengaja saya lihat postingan seseorang yang sama seperti saya tapi sudah berhasil,dia dibantu oleh Kajeng Taat Pribadi tampa pikir panjang saya hubungi beliau saya dikasi pencerahaan dan dikasi solusi,awalnya saya tidak mau tapi sya beranikan diri mengikuti saran beliau,alhamdulillah berjalan lancar sekarang saya punya toko bangunan Jaya Abadi didaerah Padang,terimah kasih saya ucapkan pada Kanjeng Taat Pribadi berkat beliau saya seprti ini,mungkin banyak orang yang menyebut saya mengada-ada tapi saya buktikan sendiri,khusus yang serius mau bantuan silahkan hub beliau Kanjeng Taat Pribadi beliau orangnya baik ini nomor beliau 085299036030 atau klik http://kanjengtaatpribadi777.blogspot.co.id/ ini pengalaman pribadi saya percaya atau tidak semua tergantung pembaca demi Allah ini nyata sekian dan terima kasih ,Assalamualaikum Wrb....allahuakbar....allahuakbar....allahuakbar

      Delete
    2. Saya sangat setuju...saya sedang praktik kaedah ini..biarlah orang lain melancong sana sini..saya redha ja..sebab mereka mampu..saya nak selesaikan.hutang yang banyak..dan saya sudah mula menabung emas dan perak untuk masa depan.

      Delete
  2. Nak tanya, contoh sy ada 3 hutang.
    Guna teknik snowball ni, sy bayar hutang yg paling sikit dulu. Dalam tempoh tu, sy kena bayar tak hutang yg lagi 2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu bayar..nanti bila hutang yg sikit tu dh settle,hutang yg no 2 puan boleh bayar lebih cikit sb hutang no 1 kn dh settle.bila hutang no 2 dh abis,hutang no 3 plk bole bayar lebih sb hutang no 1 dn 2 dh settle

      Delete
  3. maaf btnya..jika gune kaedah ini mksdnye stiap bln kena bayar fokus dkt 1 loan dlu ke? cth mcm pn. kate langsaikan utang kete dlu..mcm mne pula dgn utang yg laen yg perlu tiap2 bln bayar juga? sy kurang fhm. mohon pencerahan lbh details.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar hutang yg kecil pertama, sampai habis, supaya lebihan kecil yang pertama dapat digandakan untuk bayar hutang kedua.

      Dan lebihan hutang pertama + lebihan hutang kedua + bayaran hutang ketiga = dapat langsaikan hutang ketiga dengan cepat.

      Delete
  4. hutang yang pun bayar jugak cuma, fokus untuk selesaikan hutang yang paling sikit, bila ade duit extra hasil berjimat atau macam bonus ke, bayar hutang yang kita fokus tu.

    ReplyDelete
  5. Minta pendapat... Contohnya kan... Baki pinjaman kereta ade lg 6 tahun.. Kaedah mana lebih baik? 1) bayar sekali ganda tiap bulan dan loan akan habis dalam masa 3 tahun... @ 2) bayar macam biasa, dan amaun sama macam bayaran bulanan disimpan. Selepas 3 tahun buat full settlement? Maaf kalau lari topik

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada saya lah, better saya beli emas duit yang ada tu, then bayar kereta macam biasa. at least time terdesak. ade emas aset mudah cair untuk back up kan.

      Delete
  6. Bagus cadangan ini. Bab nak merekod yang lemah nie TAPI nak cuba praktikkan. Insyaallah. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba dahulu, mane tahu memang ok je bab merekod tu.

      Delete
    2. macam macam cara boleh rekod....
      saya guna google drive..

      boleh tgk bila2 masa dekat phone...

      atau simpan dalam email...

      Delete
  7. Ada sesiapa yg boleh dihubungi untuk minta tunjuk ajar tentang teknik snow ball ni ka?

    ReplyDelete
  8. Ada sesiapa yg boleh dihubungi untuk beri tunjuk ajar guna teknik ni?

    ReplyDelete
  9. Setuju cadangan Suhailey..beli emas dengan gaji kita untuk simpanan..
    Saya sekarang mula tukar simpaman kepada emas jongkong,..boleh pajak jika nak guna duit..untuk long term dapat settlekan hutamg dgn cepat..
    Berminat untuk tahu tentang jongkong emas, wassap saya 0134734487 pg00081408

    ReplyDelete
  10. Sy mgalami situasi yg sama..sy tgh buat teknik ini..agak kuat jugak dugaan..dlm masa yg sama sy buat bisnes yg simple yg berbentuk pasif income..alhamdullilah blh lah dpt income lbh sikit..www.1xoxprepaid.com/ady770111

    ReplyDelete
  11. ingin penjelasan...antara hutang rumah rm650 tempoh 25thun n hutang pribadi rm1500 tmpoh 10thun...yg mana satu yg perlu dselesaikan terlebih dahulu mengikut teknik snow ball...harap dapat memberi tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazimnye setelkan loan yg interest plg tinggi.seterusnya yg baki loan plg sedikit..(kebiasaannya mcm tu)

      Delete
    2. Lazimnye setelkan loan yg interest plg tinggi.seterusnya yg baki loan plg sedikit..(kebiasaannya mcm tu)

      Delete
  12. Teknik snowball ni kena ada disiplin yang dan konsisten kunci nafsu dari buat hutang baru. Terima kasih kerana berkongsi tip nie. Memang bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. Ada no pon nak tanya tips utk teknik nie

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Saya sangat bersetuju dengan artikel yang tuan tulis. ia amat bernas dan padat degan teknik membayar hutang.

    Kini dah ada cara mudah utk membina pendapatan kedua dengan pendapatan pasif secara online. Walaupun dah 24 tahun saya menjalankan bisnes printing, pendapatan kedua ini telah banyak membantu saya.

    Bisnes simkad prabayar Tune Talk Tone Excel ini saya rasa adalah bisnes yg paling Cool dalam abad ini. Menjana pendapat pasif. Bukan sebagai pendapatan kedua, malah boleh dijadikan punca pendapatan utama.

    Cubalah lawati website saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  15. Saya x betapa faham teknik snowball ni... ada yang boleh dihubungi utk lebih detail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan hayati zamodin boleh wasap saya di 0134734487.Saya bukan admin blog ini.Tapi, saya pernah praktikkan kaedah ini.

      Delete
  16. Assalamualaikum wrb, saya mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya lillahi ta’ala hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Suci Andini tinggal di Riau,dulu saya berprofesi sebagai penjahit namun himpitan ekonomi yakni hutang piutang dalam membangun usaha saya kian semakin besar tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya tetap ikhtiar, pada suatu hari saya membuka buka internet tidak sengaja saya melihat postingan seseorang yang sama seperti keadaan saya tapi beliau sudah berhasil,beliau dibantu oleh Kyai H. Sakti Mangunkarso tanpa pikir panjang saya menghubungi beliau, saya diberikan pencerahaan dan solusi, pada awalnya saya ragu ragu tapi saya coba memberanikan diri mengikuti saran beliau,alhamdulillah berjalan lancar dan sekarang saya punya beberapa mini market dan penginapan didaerah Riau,terimah kasih saya ucapkan pada Kyai H. Sakti Mangunkarso sebab berkat beliau saya bisa seperti ini,mungkin banyak orang yang menyebut saya mengada-ada tapi saya buktikan sendiri,khusus yang serius mau bantuan silahkan hub beliau Kyai Sakti Mangunkarso beliau orangnya ramah ini nomor beliau 0852 1117 4125 ini pengalaman pribadi saya percaya atau tidak semua tergantung pembaca demi Allah ini nyata sekian dan terima kasih ,Assalamualaikum Wrb.

    ReplyDelete
  17. Saya cuma nk tau....klu kita bayar lebih dgn bank dri jumlah yg sepatut kita bayar....adakah bank akan mengikut yg kita bayar lebih atau bank ikut bayaran lama?

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...