Wednesday, July 15, 2015

Perut Kembung Pada Bayi |9 Makanan Ibu Menyusu Wajib Elak

Anak saya asyik nangis je. Tak berhenti. Susu dah kasi. Lampin pun dah tukar. Semalaman dah tak tidur terpaksa berjaga untuk tenangkan dia.

Jika bayi asyik menangis selama hampir 3 jam dan keadaan ini berterusan hingga beberapa hari. Bayi anda mungkin mengalami kembung perut. 

Pakar mengangarkan, 8 - 40% bayi 5 bulan ke bawah mungkin mengalami kembung perut. 
Tiada kaitan kecenderungan jantina bayi untuk mengalami kembung perut. 

kembung perut

Kesian bayi asyik nangis. Nak bagitahu ibu tak boleh bercakap lagi.
Ibu pun sama. Lagi kesian kalau ibu tengah berpantang. Penat sangat sebab kena berjaga malam jaga anak. Takkan nak biar je.

Untuk ibu menyusu, orang dulu-dulu selalu berpesan, jaga makan, pantang makan supaya anak yang disusui tak kembung perut.

Disini saya kongsikan 9 makanan ibu menyusu patut elak supaya perut bayi tak kembung terutamanya bayi bawah 6 bulan yang hanya minum susu ibunya sahaja.

# Pulut
Pulut yang dimaksudkan termasuklah pulut panggang. ketupat, lemang dan kuih-kuih yang ada unsur pulut macam seri muka.

# Nasi Dagang
Nasi dagang kalau boleh, ibu - ibu pantang la selama setahun selepas lahirkan anak. Selain boleh sebabkan kembung perut pada bayi, boleh lemahkan badan ibu menyusu juga tau.

#Laksam
Laksam memang sedap. Lagi la dalam pantang, semua pun nampak sedap. Kuih laksam tu sebenarnya boleh buatkan bayi kembung perut bila minum susu ibu.

kembung perut bayi

#Jambu Batu
Jambu batu memang sedap, tapi jaga-jaga ye ibu menyusu. Jambu batu ni, sejuk, sebab tu boleh sebabkan perut bayi kembung.

# Pisang
Sesetengah ibu berpantang makan pisang untuk melegakan sembelit. Tetapi, ibu jangan lupa, pisang boleh buatkan perut bayi kembung.
pisang

# Ubi
Semua jenis ubi tidak dinasihatkan untuk ibu menyusu makan. Mengikut pengalaman sendiri yang termakan ubi semasa anak berusia 4 bulan, memang kembung perut bayi. Kesian.

#Kacang
Selalunya, kacang tanah perlu dielak oleh ibu menyusu. Biasanya, kacang tanah kita jumpa dalam hidangan nasi lemak

#Roti
Roti dikatakan penyebab kembung perut bayi kerana kehadirang yis dalam pembuatan roti. Makan biskut je la ye ibu-ibu.

# Bunga kubis
Elak makan bunga kubis dalam hidangan ibu menyusu. Sian anak tak selesa kembung perut.


InshaAllah bila dah elak makan makanan yang tersenarai tu, perut bayi tak kembung lagi. Walaubagaimanapun, ibu menyusu harus perhatikan diet harian korang, mungkin ada lagi makanan lain yang korang makan buat bayi korang kembung perut.


sekian, untuk entri kali ini.
semoga bermanfaat.

suhaileymohdnoor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah



No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...