Friday, August 14, 2015

5% Ini Akan Buat Anda Kaya.

Bila tanya siapa nak KAYA, semua orang nak kaya. Tapi bagaimana?

Ada yang kata kena bisnes. Ada yang kata kena join MLM. 

Ada yang kata kalau nak kaya kena tipu orang! Ada jugak yang kata, kena menabung dari kecik! (eh, macam kenal pulak siapa yang kata macam ni...)

Bercakap pasal tabung ni, geng-geng yang pergi IMKK ada cerita pasal 6 tabung yang kita perlu wujudkan untuk pecahkan hasil pendapatan kita.
mmm sedih pulak bila sebut pasal IMKK ni, belum rezeki agaknya, dah pernah daftar tapi tak berkesempatan pula nak hadir. 

Dua kali pulak tu. InshaAllah ada la rezeki tu nanti (ayat sedapkan hati! :))

Berbalik kepada kisah 6 tabung tu, ada 1 tabung yang sangat menarik sebab tabung ni boleh buat kita jadi kaya walaupun isi tabung ni kita perlu habiskan atau dengan kata lain, kita wajib kosongkan setiap bulan.wow!

Best ke best?
Keikhlasan hati kena ada la tau:) Baru murah rezeki.

Sebelum tu jom kita tengok apa dia sebenarnya 6 tabung yang dimaksudkan tu.
Memang wajib ada ke macamana?

Basically, tabung-tabung ini semua hanyalah guideline untuk kita menguruskan kewangan kita seharian.

Bila dah dapat gaji, terus asingkan duit mengikut pecahan tabung-tabung yang disebut di atas.

Selain nampak teratur peruntukan tu, kewangan kita juga semakin terurus sebenarnya jika kita ikut cara ni. Tapi, memang kena konsisten la.

Jom tengok apa isi tabung-tabung tersebut.

1.Tabung Keperluan (Necessity)
55% daripada duit gaji diperuntukkan untuk tabung keperluan ni.
Nak bayar rumah, kereta, makan, duit minyak, taska anak dan segala perbelanjaan keperluan harian asingkan dalam tabung ni.


2. Tabung Bebas Kewangan
10% daripada gaji kena masukkan dalam tabung ni. Kiranya tabung ni untuk masa depan la. 
Tak boleh usik duit dalam tabung ni tau. Kalau takde duit dalam tabung ni, umpama kita tak bersedia untuk masa depan. 


3. Tabung Jangka Panjang
Tabung Jangka Panjang ni khas untuk dibelanjakan apabila perlu. 

Contoh nak raya, nak kena tukar sofa baru ke? Boleh guna duit dalam tabung ni. Nak buat deposit kereta baru ke. Pun boleh.

10% wajib untuk tabung ni tau.


4.Tabung Seronok
Dah nama pun tabung seronok,of course la tabung ni disediakan untuk menabung demi keseronokan masa depan. aha

Tabung seronok atau tabung Fun atau apa je nama yang uolls nak letak diperuntukan untuk reward diri sendiri, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang berkaitan.

Nak bercuti ke? Nak hadiahkan diri sendiri ipad baru ke? Guna peruntukan yang ada dalam tabung ni.

Jangan usik tabung lain pulak.

10% dari hasil pendapatan masuk dalam tabung ni. 


5. Tabung Pendidikan
Tabung ni kena ada. Kita mesti nak upgrade ilmu pengetahuan kita kan. 

Nak join kursus motivasi ke or sny course yang membangunkan diri. Pakai duit dari tabung ni.
10% jugak untuk tabung pendidikan ni.


6. Tabung Kebajikan
Haaa.Tabung ni kena isi at least 5% dari hasil pendapatan. Wajib konsisten. Wajib habiskan setiap bulan. 

Duit dalam tabung kebajikan ni perlu dihabiskan untuk sedekah, zakat atau derma.
Bukan untuk shopping bag tau.

Magic 5% ni la yang akan buat kita kaya. Bukan didunia, malah akhirat juga.

Allah dah janji, setiap sedekah pasti dapat pahala. Niat nak sedekah pun dah dapat pahala, apatah lagi memang sedekah. 

Menunaikan hak orang lain melalui zakat juga besar pahalanya. Tabung akhirat ni, bukan khairat.hehe

5% je kan, bukan banyak pun..apala sangat berbanding 95% duit yang kita boleh belanja tu. 

Bukan ke dari setiap hasil pendapatan kita ada hak orang lain juga kan?

Yang penting kita konsisten dengan tabung 5% ni, inshaAllah murah rezeki kita.
Mungkin ada yang kata, kalo banyak duit boleh la nak buat macam ni, 10 tabung pun boleh. Duit gaji yang ada, nak isi tabung keperluan pun tak cukup.

Huhu, saya paham, dan seperti saya mention di atas, tiada paksaan untuk memenuhi dan memiliki tabung-tabung ini. Tetapi, jika anda ada kesemua tabung tersebut dan anda konsisten dan berdisiplin, memang menguntungkan DIRI ANDA SENDIRI. Bukan saya yang untung tau.hehe


Sekian untuk entri kali ini. Semoga kita konsisten dengan amalan ini.


Terima kasih kerana membaca.

SuhaileyMohdNoor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Pengedar Shaklee

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...