Tuesday, August 25, 2015

Apam Susu Ekspress Mudah dan Sedap

Tengah-tengah mencari idea untuk makan petang, tetiba lalu kat newsfeed ni kuih warna-warni yang nampak begitu sedap.

Eh, ada resepi sekali.

Apalagi, printscreen lor. Jangan risau, dah minta izin dari pemilik resepi pun. Saya tertarik dengan resepi ni sebab ianya nampak sedap dan resepi pun mudah je.
Apam Susu Ekspress Mudah dan Sedap
Apam susu ekpress yang warna-warni. 

Sesuai untuk dijadikan hidangan makan petang. Nak beli pun boleh sebenarnya tapi bila masak sendiri lagi puas hati.

Kelebihan masak sendiri ni, boleh makan ulang-ulang selain merapatkan hubungan dengan anak-anak.

Macam Nuraini, dia memang suka masak-masak dengan ibu dia ni, seronok sangat dapat main masak-masak walaupun tukang ambil air dan tukang kacau je.

Jom tengok resepi Apam Susu Ekspress Mudah dan sedap :



Telur - 5 biji
Susu Pekat - 4 sudu
Ovalette - 1 sudu
Gula - 3/4 cawan
Minyak - 2 sudu
Tepung - 2 cawan
Esen vanila


1. Putar telur, gula dan ovalette dan esen vanila sampai kembang.

2. Masukkan susu pekat dan putar lagi.

3. Tambah tepung dan minyak. Kaup balik adunan.

4. Bahagikan adunan beberapa bekas mengikut bilangan warna.

5. Tuang dalam loyang.

6. Kukus selama 40-45 minit.


apam susu ekspress mudah dan sedap

Tips penting :

1. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya wap air tak menitik. Baru cantik apam susu uolls:)

2. Kaup balik adunan tu sekejap je ye. Tak perlu beriya sangat.

3. Pastikan uolls tak angkat penutup pengukus tu atleast 30 minit lepas kukus. Tutup pengukus rapat-rapat tau.

Memasak untuk mencari keberkatan dalam rumahtangga

suhaileymohdnoor

Iklan :


Saya juga merupakan Pengedar Sah Shaklee, id 886589.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee dari saya, hubungi saya ditalian 012 921 4064.
pengedar shaklee kemaman

Cash on delivery di sekitar Kuantan dan Kemaman serta poslaju ke seluruh Malaysia disediakan.


No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...