Wednesday, August 12, 2015

Benarkah Makan Pisang Boleh Kurus dan Cantik?

Saya yakin sangat, ramai yang menggemari pisang. Mudah didapai, murah dan sedap.

Pisang memang sedap dimakan. Banyak menu berasaskan pisang kita boleh buat. Mudah je. Tak perlu susah payah, kalau malas, pisang ni boleh dimakan begitu sahaja.

Bukan sahaja sedap, pisang memang banyak berkhasiat.
cantik sihat kurus

Benarkah makan pisang boleh buat kita kurus dan cantik? 

Nak tahu lebih lanjut, kena baca entri ni sampai habis tau. Bukan setakat kurus dan cantik je tau. Lepas baca fakta berikut, mesti rasa rugi kalau tak makan pisang.

10 Kebaikan Makan Pisang, bukan sahaja bolek kurus, tapi boleh cantik, sihat dan bertenaga lagi.

Menurut website eathealthylivefit.com, pisang boleh memberikan kebaikan - kebaikan seperti berikut:

1. Membekalkan Tenaga Segera dan Kurus

Pisang ni boleh bekalkan tenaga segera.
Kalau tak sempat nak sarapan, lunch atau dinner, grab je pisang. Untuk cover tenaga sebelum dapat sarapan, lunch or dinner yang betul-betul. :)

Korang yang nak kurus tu, boleh masukkan pisang dalam diet harian tau. Pisang kan kaya dengan vitamin B, vitamin ni akan tukarkan makanan kepada tenaga. Boleh tukarkan lemak kepada tenaga jugak tau bila glucose dah takde, kan time diet tu memang makan sikit....hehe


2. Bersifat Antioksida

Bukan sahaja membekalkan tenaga segera, pisang juga bersifat antioksida dimana ia melawan radikal bebas.

Radikal bebas ni, kalau banyak sangat kat dalam badan kita, boleh mempengaruhi tahap penuaan sel badan kita tau. of course la wajah akan nampak lebih tua dari usia sebenar bila radikal bebas ni dah konker badan kita ni.

Salah satu sebab wajah kusam tak berseri pun, sebab radikal bebas ni la. Badan kalau senang dapat penyakit pun, radikal bebas ni memang ada memainkan peranan penting.

Tak nak muka kusam? Baca entri ni : MAKANAN RAWAT KULIT KUSAM

Nak cantik? Sila makan pisang selalu!
kulit cantik makan pisang
3. Membantu Cegah Ulser

Korang boleh cadangkan kat kawan-kawan/ adik beradik/ saudara mara yang selalu sangat kena ulser pada sistem pencernaan tu, suruh they all makan pisang.

Actually, tekstur pisang ni kan lembut dan licin, so memang mesra sangat pada sistem penghadaman kita


4. Mantapkan Fungsi Otak

Siapa yang tak nak pandai kan? Salah satu makanan untuk boostkan fungsi otak adalah pisang.

Para penyelidik mendapati, kandungan potassium dalam pisang boleh membantu proses pembelajaran kerana membantu para pelajar lebih peka.


5. Kurangkan PMS

Bila cik period nak datang je, cuba korang makan pisang. Tengok apa jadi. Berkurang tak PMS korang tu? Haaa jangan tak cuba. Berkesan tau.

Actually, pisang kan mengandungi vitamin B6, vitamin ni yang kawal atur paras gula dalam darah yang memberi kesan pada mood/emosi kita.

So, sebelum PMS datang, makan pisang dulu tau. Boleh suggest kat kawan jugak, so takde la korang kena tempias PMS they all kan? :)

Suami tak nak stress dengan PMS isteri? Kasi isteri makan pisang banyak-banyak.


6. Kurangkan Sembelit

Pisang kaya dengan serat. Sila makan pisang jika anda sembelit.

Tapi, kalau sembelit jugak lepas makan pisang. Boleh cuba klik entri ni. MAKANAN KURANGKAN SEMBELIT


7. Kurangkan Tekanan/Stress

Bila kita stress/tertekan, sila makan pisang.

Menurut survey yang dijalankan oleh MIND, didapati, pesakit yang mengalami tekanan menunjukkan perubahan emosi yang baik selepas diberi makan pisang.

Ini sebenarnya disebabkan oleh kandungan triptofan iaitu sejenis protin yang akan ditukarkan kepada serotonin. Serotonin ini akan membuatkan korang rasa lebih tenang, relaks dan lebih gembira.

Time sedih-sedih tu, boleh la eh makan pisang. Happy sikit :)


8. Kurangkan Anemia

Kandungan zat besi yang tinggi dalam pisang membantu merangsang penghasilan hemoglobin (Hb) dalam darah. So, mereka yang anemia tu, sangat dicadangkan makan pisang.

Ibu hamil, take note tau.


9. Kurangkan Risiko Strok

Menurut penyelidikan yang diterbitkan oleh The New England Journal of Medicine, diet yang melibatkan pisang boleh mengurangkan risiko mendapat strok sebanyak 40%.

Menarik kan?


10. Melegakan Gigitan Nyamuk

Rasanya ramai yang tak tahu pasal ni.

Bila kena gigit dengan nyamuk, gosok tempat yang digigit nyamuk dengan kulit pisang. InshaAllah, bengkak dan iritasi yang disebabkan oleh gigitan nyamuk tu akan berkurang.

Then, boleh makan pisang tu untuk mendapatkan khasiat lain pisang seperti di atas. :)


Best tol makan pisang kan? Dah la sedap, murah, banyak khasiat pulak tu. Tak rugi makan.

Pada mereka yang tak suka makan pisang, boleh ganti dengan Vitamin B. 
Perasan tak, kandungan Vitamin B dalam pisang yang membuatkan pisang begitu banyak kebaikan untuk kita. 
Lagi mudah, telan je sebiji sehari. :)

Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin B?
Klik VITAMIN B,FUNGSI DAN TESTIMONI


suhaileymohdnoor

Notaniaga:
Berminat untuk mendapatkan Vitamin Shaklee?
Hubungi saya ditalian 012 921 4064. Konsultasi Percuma hanya khas untuk customer saya.


No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...