Thursday, August 6, 2015

Betul Ke Tak Boleh Bercakap Dalam Tandas?

Pernah tak korang berborak dalam tandas? Eh, takde topik lain ke nak sembang ni?
Baru dapat mesej melalui whats app dari sepupu. Cerita pasal pesanan Nabi Muhammad saw kepada semua umat Baginda. Suka sepupu iolls sembang pasal mesej forward ni.

Maka, iolls yang tak berapa nak busy ni pun, search la online pasal bercakap dalam tandas ni. Kena selidik betul-betul dulu kan. Jangan main forward jek. 
toilet

Tandas kan tempat yang kita melepaskan 'hajat'. Tandas yang bersih memang satu keperluan. Sebab tu orang tak berapa gemar tandas awam. Kotor sikit kan. Kebanyakannya la.

Untuk tandas dirumah, kalau boleh, bina tandas yang berasingan dengan tempat mandi. Bukan apa, senang nak ambik wuduk dan kebersihan daripada najis tu lebih terjamin.

Tapi itulah, rumah siap zaman sekarang memang kebanyakannya, tandas dan bilik mandi disatukan sekali. Kalau macam tu, kita kena lebih berhati-hati dengan kebersihan tandas supaya kotoran najis tak dibawa keluar dari tandas tersebut.

Bagi menjawab persoalan berkenaan bercakap dalam tandas tu, jom kita tengok adab-adab ketika berada di dalam tandas.

Bagus jugak timbul isu pasal bercakap dalam tandas ni, boleh simpan maklumat ni untuk panduan Nuraini dan Qamarulhuda tu. Senang nak refer 10 keturunan pun.hihi.

Antara adab-adab ketika berada di dalam tandas.
tandas

  • Baca doa masuk tandas
  • Masuk tandas dimulakan dengan kaki kiri
  • Jangan bawa apa-apa kertas, buku, kain yang ada tulisan ayat-ayat al quran
  • Tidak menghadap atau membelakangi kiblat ketika melepaskan 'hajat'
  • Tidak bercakap ketika berada berada di dalam tandas (melepaskan 'hajat')
  • Pakai selipar atau alas kaki
  • Pakai tutup kepala
  • Jangan makan dan minum
  • Tidak meludah pada najis
  • Tidak memandang najis
  • Baca doa selepas keluar dari tandas
  • Keluar tandas dengan kaki kanan
Demikianlah, 12 adab-adab ketika berada dalam tandas dan menggunakan tandas. Jadi memang betul lah tak boleh bercakap dalam tandas!
bercakap dalam tandas

Kena pesan kat anak-anak. Dalam senarai 40 pesanan Nabi Muhammad saw pun ada mention tentang larangan bercakap dalam tandas ni.

Pada dasarnya, jumhur ulama' memakruhkan bercakap, termasuklah menyanyi di dalam tandas.
Sebaik-baiknya, usahlah kita bercakap-cakap atau pun menyanyi di dalam tandas.
Sekian, entri untuk hari ni. Terima kasih kerana membaca.

Jika anda sembelit, entri ini mungkin membantu anda : CARA KURANGKAN SEMBELIT

Sampai berjumpa lagi di lain entri.

    SuhaileyMohdNoor
    IlmuItuPerluDikongsiBersama








    1 comment:

    1. Tu la sebaiknya jangan la bercakap apatah lagi menyembang dalam tandas kan.

      ReplyDelete

    Your Comment Is Our Motivation!
    Thank You Very Much

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...