Wednesday, September 9, 2015

Kedai Kek Sedap di Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri khas untuk peminat kek terutama yang berada di sekitar Kuantan. 
Korang suka kek tak?

Saya enjoy sangat makan kek, boleh hilang stress tau. Tak kira masa, kek ni boleh je jadi hidangan bila-bila masa. Kalau dah peminat kek kan, sarapan kek pun boleh.

Kali ni nak bagi sedikit review tentang kedai kek sedap di kuantan. Harus diingatkan, kedai kek yang saya review ini hanyalah pandangan diri sendiri dan pendapat kawan-kawan sahaja. Memang tiada kajian atau survey yang 'formal' dibuat berkenaan ini tau.
kula cakes
Kedai kek yang dimaksudkan ialah Kula Cake. Menu kek yang paling disukai pula ialah Mango Cheese Cake dan air Pandan Cooler. (macam dalam gambar!)

Both menu boleh juga didapati di Restoran Lila Wadi, Kuantan. Kiranya Kula Cake ni hak milik Lila Wadi la jugak, versi kek! hehe

Baca sini : RESTORAN LILA WADI

Suasana kat kedai Kula Cake ni memang awesome. Cantik untuk ambil gambar jugak. Tak percaya? Tengok gambar-gambar dibawah.
kedai kek sedap kuantan


Kek kat sini memang sedap. Selain mango cheese cake, terdapat juga pilihan kek lain seperti pavlova, red velvet, toblerone cheesecake dan lain-lain. Creme brulee dan brownies pun ada tau.

Lokasi Kedai Kek Sedap Kula Cakes ni:

Kula Cakes 
A96, Jalan Besar,
25000 Kuantan
Pahang.

Boleh hubungi 017 971 1396 untuk sebarang pertanyaan berkaitan. Nak tahu kek apa yang availablepada hari tersebut ke, nak buat tempahan awal ke or any other related question.

Kedai kek Kula Cakes ini beroperasi setiap hari kecuali isnin bermula jam 1.00 petang hingga  9.00 malam.

So, jika korang peminat kek dan tak pernah cuba lagi kek-kek kat sini, jangan lupa singgah Kula Cakes tau. Setakat ni, memang tak menghampakan.

AlwaysCravingForCakes,
suhaileymohdnoor
penjualvitaminyangosem

2 comments:

  1. Wah...sedapnya...sedap...adoii..lama tak makan kek..

    ReplyDelete
  2. Izin kan saya ambil gambar papan tanda tu ye tq :)

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...