Thursday, October 1, 2015

Kek Pelangi Sedap dan Mudah

Entri pertama bulan Oktober. Dah janji dengan diri sendiri nak hasilkan lebih banyak entri bulan ni :).

Resepi Kek Pelangi Sedap dan Mudah. Resepi turun temurun ni tau. Ni nak turunkan ilmu baking kat Nuraini & Qamarulhuda dan bakal adik beradik mereka. Osem tak umi uolls ni? turunkan resepi kat blog lagi u..aha

Kek ni, memang kesukaan incik suami. Makan panas-panas dia kata, ada air teh lagi osem. Dihidang bersama. Kalau takde air teh, air kosong pun jadi lah. 
kek pelangi mudah

Bukan apa, memang wajib ada air sebab nanti tercekik dia, makan banyak. Tak cukup 1 slice, separuh kek tu dia melantak tau. Suka sangat.

Bila raya, kek pelangi ni wajib ada. Dulu sebelum ada anak, memang dah jadi tugas wajib bake kek pelangi ni kat rumah mak. Bila dah mula ada anak, tugas tu adik la pulak yang ambil alih. Next time of course jadi tugas Nuraini pulak. Cucu perempuan sulung kan. aha

So, here is the recipe.

Things you need :

2 cawan gula (blend halus)
2 cawan planta/marjerin
2 cawan tepung
4 biji telur
1 sudu ovallete
esen vanilla

Mudah je kan nak dapat semua bahan-bahan ni.

First kena blend gula tu sampai halus. Guna mixer, sebatikan gula dan marjerin. Mix sampai kembang. Masukkan telur. Sebiji sebiji tau. Mix lagi. Dah masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau lagi. Masukkan esen vanila dan ovallette. Mix sehingga sebati.

Asingkan kepada beberapa bahagian (it depends on how many colours you nak buat pelangi!). Warnakan setiap adunan. Kali ni guna 3 warna je. Merah, Hijau dan Kuning.

Untuk jadikan kek tu macam pelangi. Masukkan setiap warna adunan secara berselang seli sebanyak sesudu sahaja. Lapisan warna akan nampak nipis. Kalau nak tebalkan setiap warna kek, masukkan banyak sikit setiap lapisan tu.

Bakar pada suhu 175 degree celcius selama 45 minit.
kek pelangi mudah

Siap. Enak dimakan panas-panas bersama tea o. ;)

SuhaileyMohdNoor
Kuantan,Pahang
1 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...