Wednesday, October 28, 2015

RESEPI BROWNIES SEDAP, MUDAH & PANTAS

Assalamualaikum bloggers sekalian,

Korang suka makan dessert tak?
Macam puding, kek, brownies ke?
Saya memang suka makan dessert ni, walaupun memang dah tahu, manis dan tak elok sangat makan banyak.^^^
Dessert
Dah makanan sedap kan, of course makan je sesuka hati.hehe

Baru-baru ni, ada nampak sorang kakak ni, share resepi brownies kat facebook, bukan kakak tu jek, malah a few other friends kat FB jugak, resepi they all tu, nampak senang nak buat.
So, lepas mix and match resepi, dapatlah buat brownies secara mudah. 

Yang penting, sedap!.;)

Mudah sebab tak perlu double boil the chocolate. Hihi memang tak minat betul nak double boil the chocolate bar tau.

Jom tengok resepi Brownies macam dalam gambar ni :)


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan A :

#100g Butter
#100g Gula 
#90g Gula Perang
#2 Biji Telur Gred A

Bahan B :

# 130g Semisweet Chocolate Bar
# Secubit nescafe

Bahan C :

#100gm Tepung
#40gm Serbuk Koko
#Secubit Garam

CARA NAK BUAT BROWNIES SEDAP, MUDAH DAN PANTAS

# Masak Bahan A kecuali telur. Masak pada api sederhana tau. Make sure butter cair dan agak likat. Kacau untuk elak gula jadi caramelized. Tutup api dapur. Iolls masak atas kuali je tau :)

#Dalam 2-3 minit lepas tu, dah boleh masukkan telur. Kacau sehingga sebati. Nak guna whisk pun boleh.

#Masukkan Bahan B, kacau sampai semua coklat cair. In case coklat tu tak cair-cair jugak, masak atas dapur. Kejap je tau.

# Masukkan Bahan C pulak. Again, kacau sekata. Sambil tu, dah boleh start prepare loyang untuk bake the adunan.

# Masukkan semua adunan dalam loyang tersebut. Boleh tabur walnut/almond/choc chips kalau suka.
Almond yang keping tu sesuai sangat. Meriah brownies uolls tau ;)


# Then, bakar pada suhu 160 degree celcius selama 25 minit.

#Siap bakar, tunggu sejuk. Pastu boleh ngap!


Mudah dan cepat kan?
Tak percaya???? Sila cuba.

Sekian, resepi untuk hari ini.

Jangan lupa cuba, jangan lupa makan, jangan lupa kongsikan kegembiraan bersama yang lain.

SuhaileyMohdNoor
Kuantan,Pahang
28 Oktober 2015

1 comment:

  1. Suka brownies! Tapi malas nak buat sendiri. How?? hehe

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...