Monday, November 23, 2015

Cara Buat Sup Daging

Time lunch, memang fikir nak makan je.
Tak ingat dah perkara lain. Dulu busy nak susukan anak, maklum lah taska dekat je dengan hospital. Sekarang, fikir nak makan je, anak dah hantar pengasuh. Mak fikir makan je lah.hihi

Teringat pulak kat sup daging mak time-time musim hujan macam ni. :) Syoknye kalau dapat makan. Since dah mengidam sangat ni, share resepi dululah. Dah lama mak ajar cara buat sup daging ni, tapi memandangkan rumah mak dekat je, maka, mak aje lah yang buat, saya tukang makan. :)
sup daging

Cara buat sup daging versi mak saya ni agak ringkas. Dah tahu anak dia tak rajin nak masak kot. hihi

Bahan yang diperlukan seperti berikut :
  • Daging
  • Sup Bunjut
  • Ubi Kentang
  • Halia 2 hiris
  • Kunyit 2 hiris
  • Bawang Merah 3 ulas
  • Bawang Putih 2 putih
  • Lengkuas 2 hiris
  • Lada Hitam
Cara buat :

1. Rebus daging bersama sup bunjut sehingga empuk.
2. Masukkan ubi kentang
3. Blend bahan-bahan lain.
4. Tumis bahan yang dah diblend.
5. Campurkan bahan tumis bersama sup dan ubi kentang.

Siap.:)

Selamat mencuba.

SuhaileyMohdNoor
23 November 2015
Kuantan,Pahang

1 comment:

  1. Resepi sup ni nampak mudah. Saya pun kurang gemar masak. Tapi boleh la try resepi ni

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...